Khamis, 28 Januari 2010

Saluran Jualan Baru: Kolej Komuniti Selayang

Masuk hari nih ngan semalam, 2 hari aku dapat 4 tempat, purata 2 saluran sehari... eehhmmm bagus gak kalau dapat ikut mementum nih... cepat sikit nak break even.

Aku dah update senarai saluran jualan aku... tapi yang best hari nih kat Kolej Komuniti Selayang... selalunya aku cuma bawak balang kecik... tapi kali nih satu rak aku bawak! hehehe..

tempat letak barang aku lak strategik habis... sebelah cashier... tapi aku sikit nervous lak tadi... tangan asyik mengeletar jek... mana taknya, aweks aweks kat situ buat jelingan tajam.. auwww!

So pasaran telah pun dilebarkan ke daerah Selayang... Selamat Datang Selayang... Selayang ku Sayang.. kata kata Majlis Daerah Selayang yang pernah saman parking kereta aku...

Jap tadi pembantu aku sms barang barang yang kehabisan... panjang tul... aku ingat kena order kat kilang la... baru je rasanya beli... dah habis...

So... kalau sesiapa yang tahu kat mana boleh dapat "food plastic wrapping" yang murah... beritahu aku...

Atau, aku akan buat bungkusan baru... plastik kedap udara... ok apa!

(Entah siapa yang baca topik mengarut ni tak lee)..

Selasa, 26 Januari 2010

Saluran jualan terkini: Pusat Perniagaan Kelah

Aku dah hilang semangat dah pagi tadi bila ada kantin yang reject produk aku.... pelbagai alasan diberi, aku lak bidas ngan fakta. Cehh!! cakap ajelah taknak aku letak... jangan nak kondem produk aku lak... sepuluh minit aku duk termenung kat kereta, rasa nak balik je...luluh jiwa raga dibuatnya.

Petang tu, aku mengamuk... aku tak kira, cam mana pun aku nak dapatkan juga penganti!
Aku pusing pusing kat Kolej Komuniti Batang kali... nampak cam satu gerai hujung tuh dah tutup... aku pergi kat restoran satu lagi mengadap jalan besar...

Alhamdullillah, dia setuju dalam tak sampai 10 saat aku masuk restoran tuh...
aku kata.." boleh letak kacang bang? konsinment... laku baru bayar.."
"Boleh"kata dia..

pas tuh aku pun dapat lagi kat kedai runcit sebelah dia... dapat 2 dah..

aku terus ke Sekolah Menengah lak... sebelum nih Sandwich Lanina aku bungkus kecik kecik untuk budak kecik... kali nih aku bungkus seketul seketul untuk budak besar...

Tauke kantin lak tadde... eehhmmm tak de rezeki... bila nak masuk kereta, nampak ada kiosk jual makanan, aku pun usya le... dapat lagi 1 tempat... alhamdulillah...

Alamat tempat tu dalam senarai dikemaskini.

Isnin, 25 Januari 2010

Saluran Jualan Terkini: Ulu Yam Bharu

Hari ni walaupun terkejar kejar, masih dapat 1 lagi saluran jualan baru:
Kantin Sek Ren Agama Ulu Yam Bharu, Hulu Selangor.
Tauke Kantin kata penuntut tak ramai.... aku letak sikit dulu... untuk berkenalan..
esok, tambah sikit lagi...

Selasa, 19 Januari 2010

Khamis, 14 Januari 2010

SELAMAT DATANG KE BLOG LANINA

LANINA MARKETING (001295805-v),
sebuah syarikat milik tunggal Roslan Rahmat yang menjalankan jenis perniagaan membungkus, membekal, mengedar, menjual : Barangan/Perkakas Elektrik & Perabot kegunaan pejabat, Alat Tulis, Komputer Peribadi, Peralatan / Borang & Kertas , Alat / Perkakas Makmal, Pengaturcaraan Komputer (Pembinaan dan Pembangunan Perisian). Barangan Makanan dan Minuman.

Teras Perniagaan terbahagi kepada 2:
1) Pembekalan Kepada Badan Kerajaan/Swasta
2) Produk Makanan dan Minuman

1.) Pembekalan Kepada Badan Kerajaan/Swasta

Ketika ini, Lanina marketing telah membekalkan pelbagai barangan ke Badan Kerajaan dan Swasta seperti UPM, ITM, Parlimen Malaysia, Sekolah sekolah rendah dan menengah, kilang kilang, pejabat pejabat dan orang ramai.

2.) Produk Makanan dan Minuman

Mempunyai sebuah gerai di no 14, Medan Selera Bandar Utama, Batang Kali Selangor yang menjadi "Central Kitchen" untuk pemprosesan produk produk keluaran Lanina Marketing

antara produk dan jenama keluaran kami adalah:
  • Sandwich Ayam/Daging/Tuna berjenama Lanina Sandwich. (Sandwich ciptaan sendiri yang menggabungkan unsur murtabak, roti john, burger, oblong dalam satu bun)
  • Roti John Mini berjenama John Jr. (Roti john bersaiz kecil dan dipasarkan ke sekolah sekolah dan pasaran bajet)
  • Kacang Panggang berjenama Laa..Nina! (kacang Shandong, kacang tanah yang dipanggang enak dibawah bimbingan Jabatan Pertanian Hulu Selangor)

Pusat pengedaran:

Produk kami boleh didapati di Koperasi Hospital Pusrawi, jalan Tun Razak, KL diibu kota.

Selain dari itu, ketika ini, produk kami boleh didapati di Pasar Malam Bazaar@Maeps Serdang, Selangor. Sila layari http://www.meias.org/v2/ untuk maklumat lanjut.

Kami sedang giat meluaskan pusat pengedaran kami bermula dari daerah Hulu Selangor.

Ikuti perkembangan produk kami dari masa ke semasa.

Segala persoalan, boleh diajukan kepada saya, Roslan Rahmat di roslan.asmpabk@gmail.com atau sembang difacebook dengan klik pada ikon yang disediakan.

Berjumpa lagi