Selasa, 18 Mei 2010

Saluran Jualan Terkini: SAMT KKB


Alhamdulillah, hari ni dapat lagi satu saluran jualan untuk produk Lanina.

Yang terkini, Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor (SAMT KKB).

Untuk pengenalan, aku hantar 3 produk ( sandwich, hotdog dan kacang ) namun, untuk hari berikutnya aku dibenarkan untuk hantar produk kering aje...

ehmm... tak mengapa, ini akan memberi peluang kepadaku untuk menambahkan koleksi produk kering seperti pizza, coklat kek dll yang tahan lebih lama.

yang lucunya, bila nak mendaftar masuk di pintu gate, pengawal tu tegur.. " Hai, tak bawak kancil jek... bawak la lori ke van ke... macam peniaga Cina... ini macam kereta sewa je.."

aku hanya membalas dengan senyuman kambing...

Isnin, 17 Mei 2010

Prospek Masa Depan: Fakta Nutrisi diperoleh


Kandungan sampel telah diberi 2 minggu lepas, dan hari ini telah dapat keputusan analisa kandungan dalam kacang tanah panggang P.Nut....

Hasil dari analisa ini akan dipaparkan dibungkusan produk kacang tanah panggang P.Nut...

Selepas ni... Lanina Marketing akan memberi tumpuan kepada packaging...

Isnin, 10 Mei 2010

SALURAN JUALAN TERKINI: MRSM KKB



Wow!! akhirnya temujanji dengan Cikgu Wan ketika berniaga di pasar tempoh hari menjadi kenyataan..

Hari ini, bermulalah saluran terkini produk Lanina di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.

MRSM KKB menjadi pusat pengedaran pertama disana yang bakal meledakkan berpuluh puluh lagi pusat jualan di KKB.

Alhamdulillah, kurang 50 minit diniagakan, telah habis licin sandwic LANINA aku... esok hantar lagi dengan kuantiti yang lebih sedikit dan juga produk KACANG TANAH PANGGANG LANINA.

Aku juga mengintai untuk menambah produk ke sana seperti hot dog dan roti sosej.

Moga moga MRSM KKB ini menjadi batu loncatan untuk menyebarkan sayap LANINA MARKETING ke Kuala Kubu Bharu...


Selasa, 27 April 2010

PROSPEK MASA DEPAN: selangkah ke depan


Hari ni, 27 Apr 10 merupakan hari yang bersejarah buat aku kerana hari ini aku telah menghantar sampel produk KACANG TANAH PANGGANG LANINA ke Bangunan Wawasan, UKM, Bangi untuk dianalisa bagi mendapatkan Fakta Nutrisi.

Sampel yang dihantar merupakan ciptaan produk terbaru Lanina, dimana ianya dipanggang tanpa menggunakan setitik minyak masak pun.

Dalam 7 hari bekerja akan datang, jadual Fakta Nutrisi yang diperoleh akan dipampang dibungkusan produk tersebut.

Dengan adanya jadual Fakta Nutrisi ini, Pengguna dapat mengetahui berat/peratus kandungan zat, lemak dan sebagainya untuk diet mereka seharian.

Ianya juga penting untuk aku pasarkan produk ini nanti ke peringkat global melalui e-commerce kelak.

Peerrgghhhh.... LANINA MAJU SELANGKAH KEHADAPAN.

Sabtu, 20 Mac 2010

Slide Gambar peserta kursus pertanian Kalumpang

Seperti dijanjikan, telah siap slide kursus asas usahawan dan sejuk beku
sudi sudilah beri komen dan pandangan dibawah...
semoga kita terus jalin networking selepas ini.





Khamis, 18 Mac 2010

KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN

Tak sempat nak update...
nantikan cerita cerita menarik dari sana
lengkap dengan gambar dan video
Tungguuuuu....

Ahad, 21 Februari 2010

PRODUK BARU: 3 jenis perasa diperkenalkan







Hari Sabtu dan Ahad lepas, bertempat di Pintu 2, MAEPS Serdang (Tapak MAHA) berlansung Karnival Pembukaan Bazaar@Maeps..

Petang hari pertama, dengan semangat berkobar kobar, aku bertolak ke sana dengan 3 perasa kacang yang baru untuk diperkenalkan kepada orang ramai...

Suku perjalanan, Alamak! tempeture enjin maksimum!!! peerggghh!!! bahaya nih... aku terpaksa berpatah balik terus ke bengkel... terbang RM300!
Hari seterusnya, aku pergi gak kesana naik kereta lain.... dan berjaya letakkan barang kat gerai member jual air...

Hari tu panas membara! walaupun pengunjung tak ramai, tapi gerai jual air jadi tumpuan!

Dalam masa 2 jam lepak kat gerai tuh, bilangan pengunjung bleh dibilang ngan jari, tapi dengan "ketererran" aku mengayat pelanggan.. berjaya jual 1 bungkus Kacang Tojin!...

permulaan yang baik, aku tinggalkan baki kat member aku tuh untuk dijual,.... aku blah, shopping kat Tesco.. tak larat nak duduk situ... PANAS!!!

Khamis, 4 Februari 2010

SEJARAH: Mac 2003

Aku sebenarnya telah lama berkecimpung dalam bisnes kacang putih nih... sejak 2001.

2 hari lepas, sedang aku cari dokumen lain, lain pula yang terjumpa. Rekod client aku pada Mac 2003. Wooww! sebenarnya pada masa tuh aku dapat 116 Sales Channels. Merangkupi 3 daerah dalam Selangor.

Aku terfikir sejenak....

Mengapa ye aku tak teruskan bisnes ni pada masa tuh...

Akhirnya aku teringat... rupanya aku lepaskan bisnes nih kerana mengejar kontrak pembekalan barang promosi semasa pilihanraya umum...

Yang dikejar tak dapat... yang dikendung berciciran...

7 tahun telah berlalu... setakat hari ini hanya terdapat 20 sales channel...

AAggghhh!! lupakan yang lama... AKU MESTI DAPATKAN BALIK LEBIH 116 SALES CHANNEL!!

Rabu, 3 Februari 2010

PROSPEK MASA DEPAN: Kontrak Penjanjian dilanjutkan

Selain pembuatan, pembungkusan dan pengedaran lanina sandwich dan kacang shandung, Lanina juga adalah kontraktor pembekal untuk jabatan awam

2 kontrak masing masing telah tamat pada Julai dan Disember bakal disambung setelah satu perjumpaan petang tadi

Alhamdulillah, rezeki... tapi yang penting sekarang kena beri servis yang terbaik.

Khamis, 28 Januari 2010

Saluran Jualan Baru: Kolej Komuniti Selayang

Masuk hari nih ngan semalam, 2 hari aku dapat 4 tempat, purata 2 saluran sehari... eehhmmm bagus gak kalau dapat ikut mementum nih... cepat sikit nak break even.

Aku dah update senarai saluran jualan aku... tapi yang best hari nih kat Kolej Komuniti Selayang... selalunya aku cuma bawak balang kecik... tapi kali nih satu rak aku bawak! hehehe..

tempat letak barang aku lak strategik habis... sebelah cashier... tapi aku sikit nervous lak tadi... tangan asyik mengeletar jek... mana taknya, aweks aweks kat situ buat jelingan tajam.. auwww!

So pasaran telah pun dilebarkan ke daerah Selayang... Selamat Datang Selayang... Selayang ku Sayang.. kata kata Majlis Daerah Selayang yang pernah saman parking kereta aku...

Jap tadi pembantu aku sms barang barang yang kehabisan... panjang tul... aku ingat kena order kat kilang la... baru je rasanya beli... dah habis...

So... kalau sesiapa yang tahu kat mana boleh dapat "food plastic wrapping" yang murah... beritahu aku...

Atau, aku akan buat bungkusan baru... plastik kedap udara... ok apa!

(Entah siapa yang baca topik mengarut ni tak lee)..

Selasa, 26 Januari 2010

Saluran jualan terkini: Pusat Perniagaan Kelah

Aku dah hilang semangat dah pagi tadi bila ada kantin yang reject produk aku.... pelbagai alasan diberi, aku lak bidas ngan fakta. Cehh!! cakap ajelah taknak aku letak... jangan nak kondem produk aku lak... sepuluh minit aku duk termenung kat kereta, rasa nak balik je...luluh jiwa raga dibuatnya.

Petang tu, aku mengamuk... aku tak kira, cam mana pun aku nak dapatkan juga penganti!
Aku pusing pusing kat Kolej Komuniti Batang kali... nampak cam satu gerai hujung tuh dah tutup... aku pergi kat restoran satu lagi mengadap jalan besar...

Alhamdullillah, dia setuju dalam tak sampai 10 saat aku masuk restoran tuh...
aku kata.." boleh letak kacang bang? konsinment... laku baru bayar.."
"Boleh"kata dia..

pas tuh aku pun dapat lagi kat kedai runcit sebelah dia... dapat 2 dah..

aku terus ke Sekolah Menengah lak... sebelum nih Sandwich Lanina aku bungkus kecik kecik untuk budak kecik... kali nih aku bungkus seketul seketul untuk budak besar...

Tauke kantin lak tadde... eehhmmm tak de rezeki... bila nak masuk kereta, nampak ada kiosk jual makanan, aku pun usya le... dapat lagi 1 tempat... alhamdulillah...

Alamat tempat tu dalam senarai dikemaskini.

Isnin, 25 Januari 2010

Saluran Jualan Terkini: Ulu Yam Bharu

Hari ni walaupun terkejar kejar, masih dapat 1 lagi saluran jualan baru:
Kantin Sek Ren Agama Ulu Yam Bharu, Hulu Selangor.
Tauke Kantin kata penuntut tak ramai.... aku letak sikit dulu... untuk berkenalan..
esok, tambah sikit lagi...

Selasa, 19 Januari 2010

Khamis, 14 Januari 2010

SELAMAT DATANG KE BLOG LANINA

LANINA MARKETING (001295805-v),
sebuah syarikat milik tunggal Roslan Rahmat yang menjalankan jenis perniagaan membungkus, membekal, mengedar, menjual : Barangan/Perkakas Elektrik & Perabot kegunaan pejabat, Alat Tulis, Komputer Peribadi, Peralatan / Borang & Kertas , Alat / Perkakas Makmal, Pengaturcaraan Komputer (Pembinaan dan Pembangunan Perisian). Barangan Makanan dan Minuman.

Teras Perniagaan terbahagi kepada 2:
1) Pembekalan Kepada Badan Kerajaan/Swasta
2) Produk Makanan dan Minuman

1.) Pembekalan Kepada Badan Kerajaan/Swasta

Ketika ini, Lanina marketing telah membekalkan pelbagai barangan ke Badan Kerajaan dan Swasta seperti UPM, ITM, Parlimen Malaysia, Sekolah sekolah rendah dan menengah, kilang kilang, pejabat pejabat dan orang ramai.

2.) Produk Makanan dan Minuman

Mempunyai sebuah gerai di no 14, Medan Selera Bandar Utama, Batang Kali Selangor yang menjadi "Central Kitchen" untuk pemprosesan produk produk keluaran Lanina Marketing

antara produk dan jenama keluaran kami adalah:
  • Sandwich Ayam/Daging/Tuna berjenama Lanina Sandwich. (Sandwich ciptaan sendiri yang menggabungkan unsur murtabak, roti john, burger, oblong dalam satu bun)
  • Roti John Mini berjenama John Jr. (Roti john bersaiz kecil dan dipasarkan ke sekolah sekolah dan pasaran bajet)
  • Kacang Panggang berjenama Laa..Nina! (kacang Shandong, kacang tanah yang dipanggang enak dibawah bimbingan Jabatan Pertanian Hulu Selangor)

Pusat pengedaran:

Produk kami boleh didapati di Koperasi Hospital Pusrawi, jalan Tun Razak, KL diibu kota.

Selain dari itu, ketika ini, produk kami boleh didapati di Pasar Malam Bazaar@Maeps Serdang, Selangor. Sila layari http://www.meias.org/v2/ untuk maklumat lanjut.

Kami sedang giat meluaskan pusat pengedaran kami bermula dari daerah Hulu Selangor.

Ikuti perkembangan produk kami dari masa ke semasa.

Segala persoalan, boleh diajukan kepada saya, Roslan Rahmat di roslan.asmpabk@gmail.com atau sembang difacebook dengan klik pada ikon yang disediakan.

Berjumpa lagi