Jumaat, 12 Ogos 2011

ROTI BOBOI DI TV3!

Perggghhh!! Dalam episod pertama Bazaar Ramadan@TV3 2011 , pergambaran dilakukan di Bazaar Ramadhan Batang Kali.
Dalam salah satu temubual dengan pelanggan, beliau ada menyebut Roti Boboi...dan Kamera terus menyuluh ke roti roti aku dan bunting Roti Boboi..

Cuma 5 Saat... tapi impaknya sehingga sekarang ( minggu ke2 puasa ) selepas tersiarnya rancangan tersebut, sales naik 30%!


tonton-home-shows-lifestyle-bazaar ramadan@tv3-batang kali,selangor - Bazaar Ramadan@tv3 - Batang Kali,selangor


Rabu, 8 Jun 2011

Katalog Produk Roti Boboi & P.Nut

Kepada Bakal Ejen dan Pembaca Blog yang berminat untuk membeli, sila hubungi saya ROSLAN di talian 013-3025748 untuk maklumat lanjut.






Isnin, 6 Jun 2011

Produk Baru: Roti

Dah hampir 4 bulan aku keluarkan produk baru ini.

alhamdulillah, permintaan makin bertambah hari ke hari dan bakal didapati di Agro Bazaar, perhentian rehat Ulu Bernam, Tanjung Malim arah selatan.

Perbincangan juga sedang diatur untuk diletak di pasaraya pasaraya.

Kesibukan operasi syarikat menyebabkan kekangan pasaran dibuat.

Pasaran amat mudah didapati sebagai contoh, kami menghantar 100 biji roti hampir setiap hari ke satu sekolah di Kuala Kubu Bharu!

Kami ingin cari ejen untuk memasarkan produk kami.

Bayangkan, sambil sambil pergi kerja, singgah ke kantin sekolah... kurang 10 minit, dalam sebulan boleh dapat lebih rm1,000....

MINAT?

call aku, 013-3025748 roslan. Aku akan terangkan bagaimana ianya begitu mudah dengan hanya bermodal RM90 BOLEH DAPAT RM600 sebulan dengan tambah waktu kerja anda 5 minit sahaja sehari!

CEPAT! CEPAT!

Selasa, 18 Mei 2010

Saluran Jualan Terkini: SAMT KKB


Alhamdulillah, hari ni dapat lagi satu saluran jualan untuk produk Lanina.

Yang terkini, Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor (SAMT KKB).

Untuk pengenalan, aku hantar 3 produk ( sandwich, hotdog dan kacang ) namun, untuk hari berikutnya aku dibenarkan untuk hantar produk kering aje...

ehmm... tak mengapa, ini akan memberi peluang kepadaku untuk menambahkan koleksi produk kering seperti pizza, coklat kek dll yang tahan lebih lama.

yang lucunya, bila nak mendaftar masuk di pintu gate, pengawal tu tegur.. " Hai, tak bawak kancil jek... bawak la lori ke van ke... macam peniaga Cina... ini macam kereta sewa je.."

aku hanya membalas dengan senyuman kambing...

Isnin, 17 Mei 2010

Prospek Masa Depan: Fakta Nutrisi diperoleh


Kandungan sampel telah diberi 2 minggu lepas, dan hari ini telah dapat keputusan analisa kandungan dalam kacang tanah panggang P.Nut....

Hasil dari analisa ini akan dipaparkan dibungkusan produk kacang tanah panggang P.Nut...

Selepas ni... Lanina Marketing akan memberi tumpuan kepada packaging...

Isnin, 10 Mei 2010

SALURAN JUALAN TERKINI: MRSM KKB



Wow!! akhirnya temujanji dengan Cikgu Wan ketika berniaga di pasar tempoh hari menjadi kenyataan..

Hari ini, bermulalah saluran terkini produk Lanina di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.

MRSM KKB menjadi pusat pengedaran pertama disana yang bakal meledakkan berpuluh puluh lagi pusat jualan di KKB.

Alhamdulillah, kurang 50 minit diniagakan, telah habis licin sandwic LANINA aku... esok hantar lagi dengan kuantiti yang lebih sedikit dan juga produk KACANG TANAH PANGGANG LANINA.

Aku juga mengintai untuk menambah produk ke sana seperti hot dog dan roti sosej.

Moga moga MRSM KKB ini menjadi batu loncatan untuk menyebarkan sayap LANINA MARKETING ke Kuala Kubu Bharu...


Selasa, 27 April 2010

PROSPEK MASA DEPAN: selangkah ke depan


Hari ni, 27 Apr 10 merupakan hari yang bersejarah buat aku kerana hari ini aku telah menghantar sampel produk KACANG TANAH PANGGANG LANINA ke Bangunan Wawasan, UKM, Bangi untuk dianalisa bagi mendapatkan Fakta Nutrisi.

Sampel yang dihantar merupakan ciptaan produk terbaru Lanina, dimana ianya dipanggang tanpa menggunakan setitik minyak masak pun.

Dalam 7 hari bekerja akan datang, jadual Fakta Nutrisi yang diperoleh akan dipampang dibungkusan produk tersebut.

Dengan adanya jadual Fakta Nutrisi ini, Pengguna dapat mengetahui berat/peratus kandungan zat, lemak dan sebagainya untuk diet mereka seharian.

Ianya juga penting untuk aku pasarkan produk ini nanti ke peringkat global melalui e-commerce kelak.

Peerrgghhhh.... LANINA MAJU SELANGKAH KEHADAPAN.